Thursday, November 3, 2011

YB DATO' SRI AHMAD SHABERY CHEEK DI SDAR


03 Nov, Khamis - Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum SDAR 2011 telah berlangsung hari ini. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan, yang juga merupakan bekas pelajar SDAR (SDARA).
Majlis bermula dengan pemeriksaan barisan gabungan unit beruniform SDAR oleh Dato' Ahmad Shabery. Yang Berhormat Dato' kemudian dibawa melawat ke booth pameran pasukan-pasukan sekolah yang cemerlang sepanjang tahun 2011. Pasukan-pasukan yang terlibat ialah Pasukan F1, ragbi, bola keranjang, pasukan memanah, pasukan menulis esei sejarah, pasukan debat bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, pasukan Wind Orchestra dan pasukan pengakap.

Dato' Sri Ahmad Shabery kemudiannya dibawa melawat gimnasium yang telah disumbangankan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Selepas beramah mesra, berkongsi pengalaman dan memberikan nasihat kepada para pelajar yang menggunakan gimnasium waktu itu, Yang berhormat telah merasmikan gimnasium tersebut.

Majlis kemudiannya berpindah ke Dewan Tun Abdul Razak untuk majlis penyampaian anugerah. Para pelajar yang aktif dan berjaya membawa nama SDAR ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa di dalam kokurikulum, telah diberi anugerah mengikut kategori yang ditetapkan. Di antaranya ialah Anugerah Sinar Persada ( untuk pelajar Tingkatan 1, 2, 3 dan 4), Anugerah Sinar Gemilang (untuk pelajar Tingkatan 5 - ko-akademik dan bukan sukan), Anugerah Half Color dan Full Color(untuk Tingkatan 5 - sukan). Anugerah Tokoh Kokurikulum SDAR 2011 telah diberikan kepada Irshad Haris bin Haris Fadzilah yang cemerlang di dalam sukan olahraga dan ragbi.

Selain daripada itu, para guru yang membimbing pasukan-pasukan yang cemerlang ini juga telah menerima penghargaan. Pihak PIBG SDAR telah menyumbang dalam bentuk kewangan untuk menjayakan majlis ini. Kepada Yang Berhormat Dato' Ahmad Shabery Cheek yang telah sudi hadir ke majlis ini, pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih. Terima kasih juga kepada PIBG SDAR dan guru-guru dan para pelajar SDAR yang membantu menjayakan majlis ini.


GAMBAR-GAMBAR
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM SDAR 2011

BOOTH PAMERAN

Bomba & Penyelamat Seremban


Agensi Dadah Kebangsaan


Formula 1


Pasukan Debat Bahasa Melayu


Pasukan Menulis Esei Sejarah


Pasukan Memanah


Pasukan Bola keranjang


Pasukan Ragbi


Wind Orchestra SDAR


Pasukan Debat Bahasa Inggeris


Pasukan Pengakap


Dato' Sri disambut dengan persembahan silat


Ketua Platun menjemput Dato' Sri untuk upacara memeriksa perbarisan


Dato' Sri memeriksa perbarisan


Di booth Formula 1


Di booth Pasukan Debat Bahasa Melayu


Di booth pasukan Wind Orchestra


Di booth pasukan Debat Bahasa Inggeris


Di booth pasukan Pengakap


Para pelajar melakukan demonstrasi di gimnasium


Dato' Sri juga mencuba peralatan yang terdapat di gimnasium


Perasmian Gimnasium oleh Dato' Sri


Dato' Sri menyampaikan ucapan di Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum

0 comments:

Post a Comment