Tuesday, October 4, 2011

PERJUANGAN BERMULA - PMR

04 Sept, Selasa - Perjuangan pelajar-pelajar Tingkatan 3 bermula hari ini. Dengan wajah tenang para pelajar Tingkatan 3 SDAR, diketuai oleh Halim Mat Najas, melangkah ke dewan peperiksaan. Usaha dan persediaan selama 3 tahun akan berakhir dan perjuangan pun bermula sebaik mereka menduduki peperiksaan. Seluruh warga sekolah memberikan semangat dan kata-kata perangsang semasa mereka melangkah ke dewan peperiksaan.

Selain daripada guru-guru, YDP PIBG SDAR, Tuan Haji Ramly bin Khairuddin juga turut hadir memberikan semangat. Ibu bapa juga turut hadir mengiringi perjuangan anak mereka.

Kepada semua pelajar Tingkatan 3,

SELAMAT MENEMPUH PERJUANGAN PMR
&
SELURUH WARGA SDAR MENDOAKAN KEJAYAAN KALIAN



GAMBAR-GAMBAR

Dengan wajah ceria melangkah ke dewan peperiksaan

YDP PIBG dan bapa pelajar turut sama hadir


Debaran sebelum menduduki peperiksaan


Tips terakhir oleh guru yang turut risau

0 comments:

Post a Comment