Thursday, September 22, 2011

'THUMBS IN' & 'THUMBS OUT'


21 Sept, Rabu - SDAR melangkah setapak lagi ke hadapan dalam dunia teknologi dengan penggunaan 'Fingertec' untuk merekod kehadiran pelajar ke sekolah dan waktu akhir persekolahan. Sistem hasil inisiatif Tuan Pengetua ini merupakan salah satu langkah untuk meletakkan SDAR sebagai sebuah sekolah yang berprestij selaras dengan status SDAR sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi sekarang. Tuan Pengetua inginkan warga SDAR sentiasa sedar tentang kepentingan membuat perubahan dalam apa juga bidang untuk memastikan SDAR sentiasa kehadapan, kalau tidak pun setanding dengan sekolah-sekolah lain .

Modus operandin sistem ini ialah pelajar perlu 'thumb in' pada sebelah pagi sebelum waktu persekolahan bermula dan 'thumb out' apabila tamat waktu persekolahan. 'Fingertec' akan mula aktif tepat jam 7:00 pagi setiap hari sehingga pukul 7:15 pagi. Oleh itu para pelajar perlu memastikan mereka telah 'thumb in' di antara ruang masa tersebut. Manakala waktu pelajar 'thumb out' pada sebelah petang adalah berbeza kerana waktu tamat waktu persekolahan yang berbeza setiap petang. Pelajar perlu 'thumb out' pada pada jam 4:40 petang (Isnin & Selasa), 4:00 petang (Rabu), 2:00 petang (Khamis) dan 12:40 tengahari (Jumaat). Sebanyak lima terminal disediakan untuk lima tingkatan.


GAMBAR-GAMBAR HARI PERTAMA PENGGUNAAN 'FINGERTEC'


Suasana sewaktu 'thumbs in' pada sebelah pagi








Suasana sewaktu 'thumbs out' pada sebelah petang




0 comments:

Post a Comment