Monday, September 12, 2011

HARI TERBUKA ASRAMA SDAR 2011

10 Sept. Sabtu - Kawasan sekitar asrama SDAR kelihatan meriah hari ini dengan berlangsungnya Hari Terbuka Asrama SDAR 2011. Seluruh warga SDAR telah hadir bersama-sama bagi menjayakan program tahunan ini. Hari Terbuka Asrama SADR 2011 kali ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Hasnul bin Mohamed, Pegawai Daerah Seremban yang juga merupakan SDARA.

Persediaan untuk program ini telah bermula seawal hari Isnin sebaik sahaja sekolah dibuka selepas cuti Hari Raya. Para pelajar telah bergotong royong membersih dan menceriakan asrama serta dorm masing. Persedian untuk gerai jualan pula telah bermula pada malam Sabtu. Program kali ini menyaksikan pertambahan gerai jualan oleh para pelajar iaitu lebih kurang 30 gerai.

Selain daripada gerai jualan oleh pelajar, aktiviti utama yang dijalankan ialah pertandingan memasak dodol dan rempeyek dan tumpi antara rumah. Guru-guru rumah sukan masing-masing dengan dibantu oleh para pelajar telah bekerjasama mengacau dodol dan menggoreng rempeyek dan tumpi.

Aktiviti lain yang dijalankan ialah pertandingan persembahan kebudayaan antara rumah, pertandingan nyanyian, pertandingan keceriaan dorm dan asrama dan banyak lagi. Terdapat juga gerai-gerai permainan seperti permainan komputer, permainan kereta kawalan, memanah, rumah hantu dan juga melukis batik.

Kelainan yang dibawa dalah Hari Terbuka Asrama 2011 kali ini ialah upacara perasmian penutup yang diadakan pada sebelah malamnya. Tuan Pengetua telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-penang pertandingan. Di dalam ucapan penutupan, Tuan Pengetua telah menyampaikan penghargaan dan tahniah kepada semua AJK yang terlibat bagi menjayakan program ini. Gimik perasmian penutupan ialah pertunjukan bunga api, yang julung-julung kali diadakan.

Tahniah sekali lagi kepada semua AJK Guru dan AJK pelajar yang telah berjaya merealisasikan Hari Terbuka Asrama SDAR 2011.


GAMBAR-GAMBAR SEKITAR
HARI TERBUKA ASRAMA SDAR 2011


Suasana malam sebelum program
(persediaan gerai-gerai)


Ada gerai yang telah beroperasi


Ketibaan Tuan Pegawai Daerah Seremban


Pertunjukan Silat sebagai sambutan untuk tetamu


Persembahan silat


Tetamu menyaksikan persembahan silat



Ucapan oleh Tuan Pengetua


Ucapan oleh Tuan Hasnul bin Mohamed
Pegawai Daerah Seremban


Gimik perasmian


Perasmian



Guru-guru rumah sukan menyediakan bahan
untuk memasak rempeyek dan tumpi



Dua orang bekas pelajar SDAR yang datang membantu


Para tetamu menikmati jamuan ringan


Demontrasi membuat tumpi


Suasana di tempat membuat tumpi dan rempeyek




Tetamu melawat tempat memasak tumpi & rempeyek


Pertandiangan Persembahan


Tuan Pegawai Daerah turut menyaksikan persembahan


Seronok menyaksikan persembahan


Para hakim yang mengadili pertandingan nyanyian
dan persembahan kebudayaan


Pemenang pertandingan nyanyian


Majlis Penutupan di sebelah malam


Warga SDAR


Ucapan oleh Tuan Pengetua


Persembahan oleh mereka yang memenangi
pertandingan nyanyian



Penyampaian hadiah


Gimik perasmian penutupan oleh Tuan Pengetua


Pertunjukan bunga api

0 comments:

Post a Comment