14 Julai, Khamis - Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya menyaksikan pertembungan dua 'musuh' tradisi di antara Sekolah Dato' Abdul Razak dan Kolej Tunku Kurshiah di dalam Pertandingan Akhir Bahas Bahasa Inggeris Piala Perdana Menteri hari ini.
Pasukan Debat Bahasa Inggeris SDAR mara ke peringkat akhir setelah hampir 25 tahun gagal berbuat demikian. Setelah pasukan Debat Bahasa Melayu gagal melangkah ke pertandingan akhir dan sekaligus gagal mempertahankan kejuaraan yang diperoleh tahun lalu, pasukan Debat Bahasa Inggeris ingin menebus maruah sekolah dengan persediaan yang dirasakan cukup lengkap untuk melangkah ke pertandingan akhir.
Bertindak sebagai pembangkang dengan usul 'This House Believes Wikileaks Is Good For The World', pasukan debat SDAR yang diwakili oleh Abdul Razak, Abdullah Iqram dan Aziziul Haziq berjaya memberikan hujah yang bernas dan menyanggah hujah yang diutarakan oleh pasukan Kolej Tunku Kurshiah. Persaingan agak sengit dengan kedua-dua pasukan saling membidas fakta yang diberikan.
Namun begitu, keputusan terletak di tangan lima orang para juri yang sememangnya mahir dalam dunia perdebatan ini. Dan akhirnya pasukan SDAR terpaksa akur dengan keputusan para juri yang memberikan kemenangan kepada pasukan Kolej Tunku Kurshiah.
Kepada pasukan Debat Bahasa Inggeris SDAR, tahniah diucapkan kerana telah berjaya melangkah ke pertandingan akhir. Walaupun kemenangan tidak berjaya dikecapi, SDAR boleh berbangga kerana mempunyai pasukan Debat Bahasa Inggeris yang kaya dengan pengalaman, berkaliber dan digeruni. Semoga kejayaan akan terus dikecapi.

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PERTANDINGAN AKHIR
DEBAT BAHASA INGGERIS
DEBAT BAHASA INGGERIS
0 comments:
Post a Comment