Saturday, June 11, 2011

LDP Guru-guru SDAR di Langkawi

07 ~ 10 Jun, Langkawi - Seramai lebih kurang 54 orang guru-guru SDAR telah menghabiskan 4 hari cuti sekolah di Langkawi baharu-baharu ini. Dengan diketuai oleh Tuan Pengetua Cemerlang SDAR, Tuan Haji Zakaria bin Md Zin, sebanyak 2 buah bas telah bergerak ke Langkawi pada jam 10:20 malam, 07 Jun yang lalu. Dan pada keesokan harinya pada jam 7:15 pagi bas yang membawa guru-guru SDAR telah selamat sampai di Jeti Kuala Perlis.

Tujuan lawatan ke Langkawi ini adalah untuk aktiviti Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) warga guru SDAR. Tema ataupun fokus kali ini adalah 'Back To Nature'. Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan usaha JK Perkembangan Staf SDAR iaitu Cik Rozita Abdul Hamid dan ajk-ajknya.

Pengisian program kali ini adalah mengenali alam semulajadi dan hasilnya dan peranannya kepada manusia. Peserta rombongan telah dibawa menikmati alam semulajadi di Kilim Geoforest Park. Perjalanan menaiki bot lebih kurang 1 jam ini membawa peserta melihat hutan bakau semulajadi yang masih terpelihara, hidupan gua di Gua Kelawar, melihat helang-helang (Lang Kawi) liar hidup di habitatnya dan cara ia makan dan juga mendekatkan diri dengan hidupan air semulajadi seperti ikan pari, belangkas dan pelbagai jenis ikan.

Seterusnya para peserta dibawa ke kilang memproses minyak gamat, yang memang terkenal di Langkawi. Di sini para peserta berpeluang untuk melihat sendiri cara-cara memproses minyak gamat dah mengalami sendiri khasiat ubat-ubatan yang dihasilkan daripada hidupan laut ini. Pastinya sebotol dua ubatan ini dibeli untuk dibawa pulang, baik untuk kegunaan sendiri, mahupun sebagai buah tangan untuk teman-teman dan saudara.

Di samping itu para peserta juga dibawa melawat tempat-tempat bersejarah di Langkawi. Di antaranya ialah Padang Matsirat (Beras Terbakar) dan Kota Mahsuri (Makam Mahsuri).

Dan akhir sekali, kalau ke Langkawi, pastinya untuk membeli belah. Tumpuan utama para peserta ialah coklat (yang memang murah dan pelbagai) dan peralatan rumah seperti pinggan mangkuk.

Rombongan sampai semula ke SDAR pada jam 11:15 malam, 10 Jun 2011.

Kepada Tuan Pengetua, AJK Perkembangan Staf terima kasih diucapkan kerana berjaya menganjurkan LDP yang agak unik tahun ini. Dan kepada semua guru, semoga LDP kali ini menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan.

Akhir sekali, kepada semua Guru SDAR dan para pelajar,

' SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
DENGAN SEMANGAT YANG BAHARU'



Gambar-gambar Sekitar LDP Di Langkawi


Di Jeti Kuala Perlis, menanti feri


PK Ko, Encik Salehudin sempat berposing sebelum menaiki feri


Tuan Pengetua sempat merakamkan gambar di dalam feri


Sampai di Jeti Kuah


Tempat penginapan rombongan kali ini


Taklimat sebelum aktiviti bermula


Sempat lagi Puan Nozah memeriksa kertas peperiksaan
(cuti-cuti pun bekerja juga.....)


Di kilang memproses minyak gamat
(Tuan Pengetua cuba mencelup tangan ke dalam kuali)


Guru-guru memilih ubatan hasil daripada gamat untuk dibeli dan dibawa pulang


Khusyuk mendengar penerangan mengenai khasiat gamat


Batu misteri, Batu Timbul yang terdapat di ruang pameran


Menyusuri sungai untuk ke Kilim Geoforest Park ketika aktiviti 'Back To Nature'


Destinasi aktiviti 'Back To Nature'


Peluang berinteraksi lebih dekat dengan hidupan laut
(Pn Fatimah 'bermain-main' dengan ikan pari)


Makan Malam di 'Bamboo Seafood'
(Terima kasih Tuan Pengetua!!)


Ketika bergerak ke Jeti Kuah untuk pulang


Guru-guru lelaki membantu memasukkan barangan yang dibeli ke dalam feri

0 comments:

Post a Comment