Pada 7 Mei 2011 bersamaan hari Sabtu telah diadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik SDAR 2011. Majlis ini diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada para pelajar yang memperoleh keputusan yang cemerlang d dalam peperiksaan dalaman, PMR dan SPM tahun 2011.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg Prof. Tan Sri Dato' Dr Nik Mustapha bin Raja Abdullah, Pensyarah di Universiti Putra Malaysia, yang juga merupakan bekas pelajar SDAR ataupun SDARA. Turut hadir ialah Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Seremban, En Ezaq Johar bin Mohamad dan YDP PIBG SDAR, Tuan Haji Ramly bin Khairuddin.
Di dalam majlis ini, selain daripada para pelajar, guru-guru subjek SPM yang mencapai peningkatan juga diberi penghargaan. Subjek yang cemerlang ialah Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Sejarah, Kimia, Biologi dan Prinsip Perakaunan.
Muhammad Aiman bin Hashim telah dipilih sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan PMR 2010. Bagi SPM pula, Muhammad Arif bin Zainuddin yang memperoleh 10A+ dalam SPM telah dipilih sebagai Pelajar Terbaik SPM 2010 manakala Danial Iman bin Che Khalib telah dipilih sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan SPM 2010.

0 comments:
Post a Comment