Pada 22 hingga 24 April yang lalu, Sekolah Dato' Abdul Razak telah menjadi tuan rumah Hari Kebudayaan Bahasa Jepun Sekolah Berasrama Penuh Ke-8 Tahun 2011. Program dwitahunan anjuran Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh & Sekolah Kecemerlangan ini telah mengumpulkan seramai 450 peserta dan guru pengiring dari semua sekolah berasrama penuh yang menawarkan subjek Bahasa Jepun. Sebanyak 6 buah sekolah harian dari Negeri Sembilan, Melaka dan Johor juga telah dijemput menyertai program ini.
Program 3 hari ini diisi dengan pelbagai aktiviti bahasa dan budaya masyarakat Jepun. Di antaranya ialah pertandingan 'Explorace' dan 'Workshop'. Pelajar berpeluang menyertai pelbagai aktiviti kebudayaan dan bahasa seperti menulis kaligrafi, membuat sushi, memakai yukata, menari tarian Jepun, kuiz bahasa, permainan tradisional dan banyak lagi. Peserta juga diperkenalkan dengan kartunis terkenal Jepun di dalam slot Ceramah 'Japanese Manga'.
Acara kemuncak program ialah Majlis Makan Malam Perdana dan Malam Kebudayaan. Tetamu Utama majlis ini ialah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM), YBhg Datuk Abdul Ghafar bin Mahmud dan Duta Besar Jepun ke Malaysia iaitu Tuan Yang Terutama Mr Masahiko Hiroe. Di dalam majlis ini semua Sekolah Berasrama Penuh yang turut serta telah menyampaikan sumbangan untuk Tabung Kemanusiaan Gempa bumi dan Tsunama Jepun kepada Duta Besar Jepun melalui KPPM. Pelbagai persembahan kebudayaan Jepun dan Malaysia dipersembahkan pada malam tersebut.
Majlis penutup disempurnakan oleh Tuan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, Tuan Abdul Halim bin Abdul Razak. Pada majlis ini juga penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan dijalankan.
Hari Kebudayaan Bahasa Jepun Ke-9 akan diadakan pada tahun 2013 di Sekolah Menengah Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan (SEMSAS).
Tahniah kepada semua warga SDAR kerana telah melaksanakan program ini dengan jayanya.

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PROGRAM
0 comments:
Post a Comment