Di dalam ucapan perasmian, Dato' Seri Dr Rais Yatim memaklumkan bahawa telah berlaku peningkatan terhadap minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Ini berdasarkan statistik penerbitan bahan bacaan pada tahun lalu menyaksikan pertambahan. Rakyat daripada umur 10 tahun sehingga 40 tahun merupakan golongan yang banyak membaca dan ini secara tidak langsung menambahkan permintaan terhadap bahan-bahan bacaan.
Ikon Membaca iaitu Dato' Michelle Yeoh, pelakon Malaysia peringkat antarabangsa juga turut serta dalam program ini. Beliau menceritakan bagaimana dengan membaca pelbagai bahan yang berkaitan membantu beliau menghayati watak yang diberikan.
Para peserta program ini menerima senaskah buku tulisan Angkasawan Negara, Dato' Sheikh Muzaffar yang bertajuk 'Meneroki Angkasa'. Satu petikan telah diambil daripada buku ini dan dibaca beramai-ramai oleh para pelajar yang hadir bersama Dato' Seri Dr Rais Yatim, Datin Seri Maznah Rais dan Dato' Michelle Yeoh sebagai salah satu pengisian program ini.
0 comments:
Post a Comment