Wednesday, March 2, 2011

LATIHAN KEBAKARAN

02 Mac - Loceng kebakaran bergema di seluruh kawasan sekolah tepat jam 12.32 tengahari. Semua warga sekolah bergerak pantas ke kawasan lapang letak kereta bersebelahan blok pentadbiran. Dalam masa 3 minit 55 saat, semua pelajar, guru-guru dan staf sekolah telah berkumpul. Guru-guru kelas mula menyemak senarai pelajar masing-masing. Seramai 10 orang pelajar tidak dapt dikesan.

Seketika kemudian, 9 minit selepas loceng kebakaran dibunyikan, pasukan bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Senawang, sampai ke sekolah. Pasukan bomba berusaha menyelamatkan para pelajar yang masih terperangkap di dalam bangunan dengan dibantu oleh ahli pasukan kadet bomba dan penyelamat sekolah. Akhirnya pelajar-pelajar yang terperangkap berjaya diselamatkan. Itu lah senario yang berlaku semasa latihan kebakaran dijalankan di sekolah tadi.

Warga sekolah kemudiannya mendengar taklimat daripada En Omera dan En Mohd Isa bin Mohamad, pegawai bomba yang bertanggungjawab serta ditunjukkan demonstrasi cara-cara memadamkan api dengan menggunakan alat pemadam api mudah alih. Beberapa orang guru dan pelajar serta Tuan Pengetua telah melakukan demonstrasi ini. Latihan ini berjaya dengan kerjasama semua warga SDAR dan pasukan bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Senawang.

Gambar-gambar sekitar Latihan Kebakaran

Para pelajar berkumpul selepas mendengar loceng kecemasan


Salah seorang ahli kadet bomba sekolah menyelamatkan pelajar
yang terperangkap


Anggota bomba yang datang membantu


Bersedia untuk memanjat bangunan bagi operasi menyelamat


Salah seorang mangsa berjaya dibawa keluar


Mangsa yang diselamatkan


Taklimat oleh En Omera, Pegawai Unit Latihan Balai Bomba Senawang


Para pelajar melihat demonstrasi


Seorang pelajar menggunakan alat pemadam api


Seorang guru, Cik Zailyniza juga melakukan demonstrasi


Tuan Pengetua juga turut sama cuba memadamkan api

No comments:

Post a Comment