03 Sept, Isnin - Para pelajar Tingkatan 3 bakal menduduki peperiksaan PMR esok, 04 Sept. Oleh itu pada pagi tadi, bertempat di Dataran Bestari, satu majlis yang dinamakan Majlis Memohon Restu & Bermaafan telah berlangsung. Majlis inisiatif para pelajar Tingkatan 3 ini adalah bertujuan untuk memohon restu daripada semua guru yang mengajar mereka agar mendoakan kejayaan cemerlang PMR 2011.
Majlis diisi dengan ucapan Ketua Batch, Halim bin Mad Najas, yang mewakili semua pelajar Tingkatan 3 memohon kemaafan daripada semua guru atas segala kesalahan mereka dan memohon doa guru-guru untuk mendoakan kejayaan mereka.
Tuan Pengetua Cemerlang, Tuan Haji Zakaria bin Md Zin di dalam ucapan beliau mengharapkan pelajar Tingkatan 3 tahun ini dapat mengembalikan semula kecemerlangan SDAR dengan memperoleh keputusan yang cemerlang. Selepas ucapan Tuan Pengetua telah memberikan set alat tulis sebagai simbol bekalan semangat dan senjata untuk semua pelajar yang akan bertarung di dewan peperiksaan esok hari. Kemudian sesi memohon restu dan bermaafan bermula. Para pelajar juga menjamu guru-guru dengan sarapan pagi di kantin sekolah.
GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MAJLIS

Pengetua bersama Penolong Kanan

Para guru yang hadir


Wakil pelajar F3, Halim Najas menyampaikan ucapan

Tuan Pengetua menyampaikan ucapan & pesanan

Tuan Pengetua menyampaikan alat tulis
SESI MOHON RESTU & BERMAAFAN 